Berita UtamaUtama

SPRM siasat bekas Gabenor BNM

Pegawai bank pusat turut disiasat kes pembelian tanah RM2 bilion

BANGI, 29 Safar 1440H, Rabu – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim disoal siasat berhubung kes pembelian tanah seluas 55.79 ekar bernilai RM2 bilion.

Akhbar The Star hari ini memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai berkata, Muhammad disoal siasat beberapa kali mengenai isu pembelian tanah itu, yang dikenali sebagai ‘Lot 41’.

Kata sumber itu, SPRM turut menyoal siasat beberapa pegawai BNM berkaitan isu kontroversi membabitkan bank pusat berkenaan.

“Kami telah merekodkan keterangan beliau (Muhammad) dan beberapa pegawai BNM. Tumpuan SPRM adalah berkaitan penjualan tanah.

“Mengenai isu sama ada jualan itu dilakukan dengan cara yang betul, itu bergantung kepada siasatan bank pusat sendiri,” kata sumber itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa pembelian tanah bersebelahan kompleks Sasana Kijang itu adalah untuk membayar hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir juga berkata, seseorang di bank pusat secara ketara mengetahui apa yang berlaku dalam urusan jual beli tanah berkenaan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close