Berita UtamaDuniaUtama

Rohingya: Tiada jaminan penganiayaan dihentikan

Myanmar, Bangladesh digesa batal rancangan hantar pulang pelarian

NEW YORK, 29 Safar 1440H, Rabu – Bangladesh dan Myanmar digesa membatalkan rancangan untuk memulangkan ratusan ribu pelarian etnik minoriti Islam Rohingya ke negeri Rakhine.

Penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yanghee Lee memberi amaran bahawa perjanjian yang dipersetujui kedua-dua negara itu pada Oktober tahun lalu, berisiko tinggi berdepan penganiayaan.

“Saya menggesa kerajaan Bangladesh dan Myanmar menghentikan rancangan untuk menghantar pulang pelarian Rohingya ke Rakhine,” katanya.

Lee turut mendesak Myanmar untuk memberi hak kerakyatan, kebebasan dan akses perkhidmatan awam kepada Rohingya.

Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai kumpulan etnik asal negara itu. Majoriti penganut Buddha di negara itu menggelar etnik Rohingya sebagai ‘Bengalis’ dan menyarankan mereka tinggal di Bangladesh.

Diskriminasi itu menyebabkan etnik Rohingya teruk ditindas dan dizalimi sehingga memaksa lebih 700,000 mereka melarikan diri berlindung di sempadan Bangladesh.

“Setakat ini, Myanmar gagal memberi jaminan bahawa Rohingya tidak akan berdepan lagi dengan penganiayaan yang sama.

“Kita menerima maklumat, bahawa ada di kalangan pelarian di Cox’s Bazar berasa takut jika nama mereka tersenarai untuk dihantar pulang,” kata Lee.

Bulan lalu, pegawai Myanmar mengesahkan kumpulan pertama terdiri daripada 5,000 pelarian Rohingya yang akan dihantar pulang ke Rakhine, diikuti 2,000 lagi pada bulan ini.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close