Berita UtamaDuniaUtama

Rejim Mesir pertimbang larangan pemakaian burqa

RUU dibentang sebagai usaha kerajaan perangi keganasan

RAMALLAH, 29 Safar 1440H, Rabu – Rejim Mesir mempertimbangkan draf undang-undang baharu yang melarang wanita daripada memakai burqa di tempat awam, sebagai sebahagian daripada kempen kerajaan bagi menentang tanggapan ekstremis terhadap Islam.

Salinan draf rang undang-undang itu menyatakan bahawa pemakaian burqa akan dilarang di tempat awam negara itu, tidak kira masa dan keadaan.

Agensi berita Palestin Ma’an yang memetik laporan berita Baitulmaqdis Post berkata, Ahli Parlimen Mesir, Ghada Ajami menyerahkan satu rang undang-undang bagi mengenakan denda sebanyak 1,000 pound Mesir (AS$56) terhadap wanita yang mengabaikan larangan itu.

Ajami menegaskan, tujuan rang undang-undang itu adalah untuk menyokong usaha negara dalam memerangi keganasan.

Sementara itu, penganalisis politik, Ahmad Sharbini berkata, Mesir akan mengalami tempoh ketidakstabilan ekoran adanya kumpulan Islam radikal yang beroperasi dalam negara.

“Burqa menimbulkan masalah keselamatan seperti pengganas lelaki dan wanita menggunakannya untuk menyembunyikan identiti mereka atau menyelinap ke sesuatu tempat,” katanya.

Burqa yang digunakan terutamanya dalam budaya masyarakat Islam adalah sejenis pakaian yang yang menutupi seluruh tubuh termasuk muka, leher dan kepala kecuali bahagian mata. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close