Berita UtamaDuniaUtama

Lebih 200 kubur besar ditemui di Iraq

Tapak kubur jadi bukti skala jenayah militan pengganas IS: PBB

BAGHDAD, 29 Safar 1440H, Rabu – Lebih 200 kubur mengandungi ribuan mayat dipercayai mangsa kumpulan pengganas IS ditemukan, di kawasan yang dahulunya menjadi kubu kuat militan itu, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Laporan Pejabat Hak Asasi Manusia PBB dan Misi Bantuan PBB mendokumentasikan kewujudan 202 tapak kubur besar di utara dan barat Iraq membabitkan wilayah Nineveh, Kirkuk, Salah al-Din dan Anbar.

Laporan itu berkata, kubur berkenaan mengandungi mayat wanita, kanak-kanak, orang tua, orang kelainan upaya serta anggota tentera dan polis Iraq.

PBB berkata, sukar untuk badan antarabangsa itu menentukan jumlah sebenar mayat dalam kubur berkenaan.

Bagaimanapun, PBB pernah mengatakan hampir 33,000 orang awam dibunuh oleh militan pengganas di Iraq, dengan lebih 55,000 yang lain cedera.

Laporan itu berkata, tapak kubur berkenaan boleh membantu kepada identifikasi mangsa, termasuk menjadi bukti skala jenayah yang dilakukan militan IS.

“Bukti yang dikumpulkan akan menjadi pusat untuk memastikan siasatan dan pendakwaan boleh mengikut proses piawaian antarabangsa,” kata laporan itu.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close