Berita UtamaDuniaUtama

Tel Aviv lulus hukuman mati sasar rakyat Palestin

dicadangkan menteri pertahanan dapat sokongan Netanyahu

TEL AVIV, 28 Safar 1440H, Selasa – Kerajaan rejim pengganas Israel meluluskan undang-undang bagi membenarkan mahkamah menghukum mati rakyat Palestin yang didakwa membunuh rakyat atau tentera Israel.

Rang undang-undang yang dicadangkan Menteri Pertahanan, Avigdor Liberman itu mendapat sokongan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam.

Walaupun Israel mengguna pakai undang-undang yang membenarkan hukuman mati, sehingga kini belum ada sebarang pelaksanaan hukuman berkenaan sejak tahun 1962.

Di bawah undang-undang semasa, hukuman mati hanya boleh dikenakan apabila menerima keputusan sebulat suara daripada panel tiga hakim.

Rang undang-undang yang baharu diluluskan itu membenarkan mahkamah awam dan tentera membuat keputusan ke atas rakyat Palestin yang berdepan pertuduhan.

Ia dijangka dibawa ke Jawatankuasa Perlembagaan, Undang-Undang dan Keadilan dalam masa terdekat untuk bacaan pertama di Parlimen Israel (Knesset).- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close