Berita UtamaUtama

Wan Saiful mahu fokus PTPTN, letak jawatan penasihat Maszlee

Tugas di Kementerian Pendidikan tamat secara rasmi 30 November

BANGI, 27 Safar 1440H, Isnin – Wan Saiful Wan Jan menafikan keputusan meletakkan jawatan sebagai penasihat Dr Maszlee Malik, berpunca daripada ketidaksefahaman.

Memetik laporan The Star hari ini, Wan Saiful berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana beliau mahu memberi tumpuan kepada tugasnya selaku pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Saya perlu bersikap adil kepada PTPTN. Beliau (Maszlee) meminta saya terus kekal tetapi dengan pengumuman Belanjawan 2019 dan reformasi PTPTN yang sedang berjalan, saya melepaskan jawatan dengan persetujuannya,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, tujuan asalnya sebagai penasihat khas Maszlee agar dapat memberi tumpuan kepada perkara lain selain PTPTN.

Bagaimanapun beliau berkata, beban kerja yang meningkat membuatkan ia sesuatu yang mustahil dilakukan.

“Saya masuk pejabat kementerian jam 8.30 pagi dan balik jam 9.00 malam. Jadi saya rasa mustahil untuk saya teruskan tanggungjawab ini pada masa yang sama dalam PTPTN juga,” katanya.

Wan Saiful berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan pada minggu lalu dan tugasnya di kementerian itu tamat secara rasmi pada 30 November ini.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close