Berita UtamaDunia

Trak bawa makanan, ubatan tiba di kem pelarian Rukban

Pasukan perubatan bantu kempen vaksin untuk 10,000 kanak-kanak

AMMAN, 26 Safar 1440H, Ahad – Konvoi bantuan kemanusiaan menggunakan kenderaan berat mula memasuki kem pelarian Rukban di Syria, berdekatan sempadan Jordan yang menempatkan ribuan pelarian terkandas di kawasan padang pasir.

Puluhan trak membawa bekalan makanan dan keperluan perubatan memasuki kem Rukban, wilayah yang dikuasai pemberontak.

Anggota majlis awam, Abu Abdullah berkata, trak konvoi yang membawa bekalan makanan, penjagaan diri, kesihatan dan pemakanan kepada 50,000 pelarian sudah tiba di kem.

Operasi penyerahan bantuan itu dijangka mengambil masa selama tiga hingga empat hari.

Majlis awam bertanggungjawab menguruskan kem berkenaan dan bertindak sebagai penyelaras konvoi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PBB dalam satu kenyataan berkata, konvoi itu turut disertai Pertubuhan Bulan Sabit Merah Syria, yang mana mereka ditugaskan untuk membantu kempen vaksin campak, polio dan penyakit lain untuk 10,000 kanak-kanak. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close