Berita Utama

Lebih 33,000 tandatangan petisyen sokong Cikgu Fadli

Sokong perjuangan guru dapatkan keadilan dalam sistem pendidikan

BANGI, 20 Rabiulawal 1444H, Isnin – Lebih 33,000 menandatangani petisyen dalam talian membantah dakwaan tindakan tatatertib terhadap seorang guru sekolah rendah di Selangor setakat jam 5 petang ini.

Petisyen berkenaan mengajak orang ramai menyokong perjuangan seorang guru – Cikgu Fadli Salleh untuk mendapat keadilan selain memastikan negara menikmati sistem pendidikan yang seimbang.

Petisyen itu dilancarkan Jamal Yunuh di laman web change.org bertajuk ‘Petisyen Tuntut Keadilan Untuk Cikgu Fadli Salleh’.

“Cikgu Mohd Fadli Salleh merupakan seorang guru yang berusaha keras bagi memastikan sistem pendidikan negara di landasan yang betul.

“Selaku seorang guru, beliau menginginkan keadilan dalam sistem pendidikan negara. Ayuh kita bersama dalam perjuangan Cikgu Mohd Fadli Salleh!,” kata Jamal Yunuh dalam catatan menerusi petisyen itu.

Antara isu yang diperjuangkan Cikgu Mohd Fadli ialah mengenai sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Permasalahan yang dibangkitkan Cikgu Fadli itu bukan hanya mendapat perhatian dan sokongan guru serta ibu bapa, bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri turut memberi respon.

Hari ini, Jawatankuasa Disiplin Kementerian Pendidikan (KPM) dilaporkan bersidang bagi membincangkan isu membabitkan Cikgu Fadli.

Pautan berkaitan;
https://ismaweb.net/2022/10/17/segerakan-reformasi-sistem-pendidikan-negara/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button