Berita UtamaDuniaUtama

Israel mula bina rumah peneroka haram

Penempatan Migron diroboh kerana dibina atas tanah milik Palestin

TEBING BARAT, 25 Safar 1440H, Sabtu – Israel mula membina penempatan haram Migron yang terletak di antara perkampungan Ofra dan Beit El berhampiran Ramallah, di Tebing Barat, sejak Khamis lalu.

Tindakan Zionis itu kononnya mahu memajukan rancangan membina rumah peneroka haram di jajahan Tebing Barat sebagai usaha meningkatkan pertumbuhan penempatan.

Difahamkan, ratusan rumah peneroka haram itu dibina untuk Migron yang mana secara rasmi menjadi penempatan Israel.

Agensi berita Palestin Ma’an, memetik sebuah berita bahasa Ibrani melaporkan, penempatan Migron dirobohkan pada enam tahun lalu, selepas rakyat Palestin mendakwa tanah penempatan yang dibina itu milik mereka.

Perobohan penempatan pada tahun 2012 itu menyebabkan penduduk Migron tinggal di dalam karavan berhampiran bandar al-Bireh, di Ramallah. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close