Berita UtamaUtama

Pakatan Harapan bentang belanjawan pertama

Perbahasan bajet peringkat dasar bermula 12 hingga 15 November

KUALA LUMPUR, 24 Safar 1440H, Jumaat – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan Pakatan Harapan (PH), di Dewan Rakyat hari ini.

Lim tiba di Dewan Rakyat diiringi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pembentangan belanjawan itu yang bermula kira-kira 4.05 petang, disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan Belanjawan 2019 akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh dan memastikan kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.

Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2019 itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan akan dibahaskan oleh Anggota Parlimen di peringkat dasar bermula pada 12 sehingga 15 November.

Perbahasan itu kemudiannya disusuli sesi jawapan oleh menteri sebelum dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula 26 November hingga 6 Disember.

Persidangan Dewan Rakyat tidak berlangsung pada minggu depan berikutan sambutan perayaan Deepavali.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close