Berita Utama

Agong seru rakyat patuh garis panduan pembukaan semula sektor

Titah rakyat berdisiplin dengan kebiasaan baharu, kawalan kendiri

KUALA LUMPUR, 9 Zulkaedah 1441H, Rabu – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia susulan pembukaan semula lebih banyak sektor hari ini.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat agar berdisiplin dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Seruan baginda berikutan pembukaan lebih banyak sektor sosial dan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dibenarkan beroperasi bermula hari ini,” demikian menurut hantaran itu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button