Dunia

Khalil Awawdeh henti mogok lapar, dibebaskan Oktober ini

Capai persetujuan dengan Israel tetapkan had penahanan pentadbiran

RAMALLAH, 4 Safar 1444H, Khamis – Tahanan Palestin di penjara haram Israel, Khalil Awawdeh menangguhkan mogok lapar selama 172 hari pada Rabu, selepas dijamin pembebasan Oktober ini.

Ini selepas Khalil, 40, mencapai persetujuan dengan rejim Israel untuk menetapkan had bagi penahanan pentadbirannya dan akan dibebaskan pada 2 Oktober nanti, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan.

Bagaimnapun, Khalil akan kekal di hospital untuk rawatan selepas mengalami kemerosotan serius pada kesihatannya.

Dia sebelum ini bertegas meneruskan mogok lapar apabila Israel memutuskan untuk menggantung tempoh penahanan buat sementara sehingga keadaan kesihatannya beransur pulih.

Khalil ditahan sejak 27 Disember tahun lalu di bawah penahanan pentadbiran selama enam bulan, dan melancarkan protes terhadap tindakan pihak berkuasa Israel itu.

Dia pernah menghentikan mogok lapar selepas 111 hari kemudian apabila Israel berjanji membebaskannya, namun kembali meneruskan tindakan itu setelah pihak berkuasa rejim memperbaharui tempoh penahanan selama empat bulan lagi.

Israel meletakkan ribuan rakyat Palestin di bawah tahanan pentadbiran untuk satu tempoh panjang, tanpa dibicarakan atau diberitahu pertuduhan ke atas mereka.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button