Berita UtamaDuniaUtama

14 maut cuaca terburuk dalam tempoh 10 tahun di Arab Saudi

Empat kematian dicatat di Makkah akibat banjir kilat

JEDDAH, 24 Safar 1440H, Jumaat – Empat belas orang terbunuh ketika cuaca buruk terus melanda beberapa wilayah di Arab Saudi, dalam tempoh dua minggu lalu, kata Direktorat Pertahanan Awam negara itu.

Dalam satu kenyataan semalam, pihak berkuasa Arab Saudi berkata, hujan lebat dan ribut petir yang berlaku kali ini lebih buruk dalam tempoh sedekad lalu.

Kenyataan itu berkata, empat kematian dicatatkan di Makkah, tiga di Al-Baha, dua di wilayah timur, dan masing-masing satu di Riyadh, Asir, Tabuk, Jazan dan Hail.

Sejak 19 Oktober lalu, Pusat pengurusan dan Pemantauan di Riyadh menerima 423 permohonan bantuan Pertahanan Awam, selepas hujan lebat menjejaskan 13 kawasan di Arab Saudi, lapor SPA.

Pasukan Pertahanan Awam menyelamatkan 299 orang yang terperangkap akibat banjir kilat, termasuk 115 di Makkah.

Kebanyakan yang memerlukan bantuan akibat terperangkap dalam kenderaan masing-masing, di mana 88 orang dipindahkan, dan 282 kereta ditarik ke kawasan selamat.

Semalam, Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar Arab Saudi, memberi amaran cuaca buruk, termasuk ribut pasir dan hujan lebat di beberapa bandar utama, termasuk Makkah dan Madinah, akan berterusan sehingga Ahad ini.

Arab Saudi biasanya mengalami ribut petir setiap tahun pada masa sekarang, tetapi kali ini ianya agak teruk.

Pada masa sama, Pertahanan Awam Arab Saudi mengarahkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak pergi ke kawasan banjir atau wadi. – Agensi

Makkah, Madinah diramal alami cuaca buruk hingga Ahad

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close