Berita UtamaUtama

Umum cukai baharu esok

Hasil cukai akan diguna untuk bayar hutang kerajaan terdahulu

PUTRAJAYA, 23 Safar 1440H, Khamis – Kerajaan Pakatan Harapan akan mengumumkan satu cukai baharu dalam pembentangan Bajet 2019, esok.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan akan menggunakan hasil cukai untuk kepentingan rakyat, termasuk membayar balik hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Kita akan memastikan supaya mempunyai hasil yang cukup untuk agenda pembangunan negara, agenda inklusiviti dan merapatkan jurang mereka yang berada di luar bandar dan kawasan terpinggir dengan kawasan maju

“Maklumat lanjut berkaitan cukai akan diumumkan esok oleh Menteri Kewangan, yang penting kita hendak pastikan kesejahteraan rakyat terus terbela,” katanya seperti dilapor Utusan Online. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, kerajaan akan memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara dalam usaha membayar hutang negara yang tinggi.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan juga mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close