Pendapat

Ratifikasi konvensyen HAM: Jangan kena tipu

'Tiada siapa boleh paksa negara masuk mana-mana konvensyen'

CUBA lihat peta yang dikeluarkan oleh pejabat UN (iaitu OHCHR) berkenaan jumlah konvensyen (treaties) Hak Asasi Manusia yang diratifikasikan oleh negara-negara. Malaysia sama ‘level’ dengan Amerika. Amerika meratikasi 5 konvensyen Hak asasi manusia dan kita pun lima.

Tetapi ada tak kita lihat dalam CNN, NYT, Washington Post dan lain-lain menekan Amerika untuk ratifikasi semua? Tidakkan? Kenapa begitu? Kenapa isu ini selalunya menjadi isu perdana di negara kita?

Sebab itu tekanan ini sebenarnya tekanan yang “self inflicted” atau sengaja dibuat oleh setengah pihak. Mereka sengaja memutar belitkan fakta supaya kita berasa malu. Walhal kita sama level dengan Amerika. Sepatutnya tidak ada masalah. Kalau Amerika menekan kita, kita boleh suruh mereka berdiam sebab kita sama level. Maka tiada hak mereka mengherdik atau mengajar kita.

Kita kena faham sebagai prinsip, sesebuah negara boleh menentukan agenda kenegaraan mereka sendiri. Tiada sesiapa yang boleh memaksa negara memasuki mana-mana konvensyen. Jadi jangan kita tertipu selalu nak bandingkan dengan negara asing.

Walaupun demikian, saya telah meneliti beberapa konvensyen dan pada amnya kita boleh dan seharusnya meratifikasikan mereka walaupun ada yang perlu ada reservasi. (Kecualilah ICERD yang bercanggah dengan Perlembagaan). Kita jangan ghairah mengejar tandatangan dan ratifikasi semua konvensyen. Dalam meratifikasikannya banyak implikasi pematuhannya perlu diambil kira.

Kerajaan perlu misalnya mengkaji kos dan kapasiti pematuhannya. Kita ambil contoh konvensyen berkenaan hak “migrant workers”. Konvensyen ini mengkehendaki kita memberi “migrant workers” “access” (capaian) kepada perkhidmatan perubatan dan pendidikan kita sama seperti access warga negara malaysia. Apakah ini akan membebankan sektor awam perubatan dan pendidikan kita dan bolehkah kita melakukannya? Ini adalah perkara yang kerajaan perlu pertimbangkan.

Jadi dalam erti kata lain, kita ratifikasi mana-mana konvensyen (kecuali ICERD) setelah kita juga mengkaji kemampuan dan kesediaan kita untuk mematuhinya.

Exco Majlis Peguam
Haji Lukman Sheriff

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Artikel ini pertama kali telah dimuatkan dalam Facebook penulis.

————————-

Untuk sign petisyen bantah ICERD sila klik https://chn.ge/2O2o7ep

Untuk FAQ ICERD https://www.facebook.com/669402819/posts/10155475087442820/

Untuk melihat pergerakan NGO HAM pro ratifikasi https://www.facebook.com/669402819/posts/10155468186087820/

Untuk Memahami status reservashttps://www.facebook.com/1460461665/posts/10216804079801901/

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close