Berita UtamaDuniaUtama

Kelahiran di Semenanjung Gaza meningkat, konflik berterusan

Purata 158 kelahiran baru direkodkan setiap hari: Laporan

RAMALLAH, 23 Safar 1440H, Khamis – Walaupun diancam masalah kemiskinan akibat kepungan rejim pengganas Israel, jumlah kelahiran rakyat Palestin terus bertambah tahun ini.

Kepungan rejim Zionis ke atas wilayah itu mencetuskan konflik terburuk, dengan menyaksikan ribuan rakyat Palestin terbunuh, keadaan ekonomi semakin merosot sejak lebih sedekad lalu, selain masalah bekalan elektrik yang semakin membimbangkan.

Namun, konflik di semenanjung sempit seluas 365 kilometer persegi, dengan kira-kira 1.7 juta penghuninya, tidak menjejaskan pertambahan penduduk Palestin apabila jumlah kelahiran baru dicatatkan meningkat bagi suku ketiga tahun ini.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pentadbiran Status Awam di Kementerian Dalam Negeri, Semenanjung Gaza, jumlah kelahiran baharu direkodkan bertambah kepada 14,566 dengan purata 158 kelahiran setiap hari.

Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Gaza dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 5,250 kelahiran baru direkodkan sejak 1 Julai hingga 30 September lalu.

Sementara di dua lagi Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Khan Younis, merekodkan 2,940 kelahiran baru.

Pejabat-pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri di bahagian utara pula mendaftarkan 2,550 kelahiran baru pada suku ketiga tahun ini.

“Di pusat Gaza sendiri, sebanyak 1,973 kelahiran direkodkan oleh Pejabat Status Sivil Hal Ehwal Dalam Negeri. Sementara Pejabat Status Sivil di Rafah pula mendaftarkan 1,853 kelahiran baru bagi tempoh sama.

“Pejabat Status Awam di Semenanjung Gaza mencatatkan 878 kematian pada suku ketiga tahun ini,” kata kenyataan itu.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close