Berita UtamaUtama

Ratifikasi ICERD: Kerajaan janji akan ambil kira suara rakyat

Proses ratifikasi akan dilaksanakan dengan menghormati sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan: Timbalan Menteri Luar

KUALA LUMPUR, 20 Safar 1440H, Isnin – Kerajaan menegaskan proses ratifikasi enam triti hak asasi manusia akan dilaksanakan dengan menghormati sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan, kepelbagaian agama dan kaum di negara ini serta mengambil kira suara rakyat terutama dalam isu-isu sensitif.

Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya berkata, proses ratifikasi Konvensyen-konvensyen Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kini diteliti kerajaan, akan juga mengambil kira keserasian konvensyen berkenaan dengan sistem perundangan di Malaysia.

“Berkenaan dengan ratifikasi, proses ini akan berbeza bergantung kepada faktor seperti keserasian konvensyen itu dengan sistem perundangan Malaysia dan keperluan untuk mengadakan perbincangan menyeluruh dengan pihak berkepentingan bagi setiap konvensyen hak asasi manusia.

“Jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan untuk mengkaji penyertaan Malaysia, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh agensi-agensi peneraju yang secara lazimnya merangka dan menyelia dasar-dasar konvensyen tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang meminta penjelasan kementerian sama ada telah bersetuju untuk meratifikasi enam resolusi hak asasi manusia berkenaan dan sama ada pihak pembangkang turut dilibatkan dalam jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti ratifikasi triti berkenaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close