Berita Utama

Najib minta menteri dengar, faham, rasai denyut nadi rakyat

Pekebun kecil dapat RM900 sebulan, menteri pula selesa terbang

BANGI, 20 Safar 1440H, Isnin – Langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bersifat antagonistik terhadap rakan pelaburan secara tidak langsung mengganggu-gugat kebajikan pekebun kecil sehingga golongan itu kini hanya memperoleh pendapatan RM900 sebulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau mahu kerajaan mendengar, memahami dan merasai denyut nadi rakyat, terutama pekebun kecil, dan tidak terlalu selesa dengan kerusi empuk di Putrajaya sambil terbang bersama pegawai menggunakan wang rakyat.

“RM900 sebulan, wahai menteri-menteri PH. Selesa dengan kerusi empuk di Putrajaya dan gembira terbang bersama pegawai ke hulu ke hilir atas perbelanjaan rakyat?

“Kita mahu kerajaan dengar, faham dan merasai denyut nadi rakyat, seperti golongan pekebun kecil. Namun, apa nasib mereka kini?” katanya dalam satu catatan di laman Facebook, semalam.

Beliau menegaskan, akibat polisi kerajaan PH hari ini, rakyat, terutama pekebun kecil, semakin hari semakin tertekan apabila harga komoditi jatuh mendadak.

“Misalnya harga sawit, hari ini pekebun kecil ada yang hanya mendapat serendah RM300-RM400 setiap tan.

“Saya bimbang dengan trend kerajaan hari ini yang bersifat antagonistik terhadap rakan-rakan pelaburan kita yang secara tidak langsung mengganggu-gugat kebajikan pekebun kecil,” katanya.

Najib turut menyindir Lim Guan Eng, dengan berkata, Menteri Kewangan Terbaik Dunia itu dilihat telah mula mencari alasan bagi meminta rakyat berkorban, kononnya kerajaan kini ketiadaan wang.

“Saya bimbang dengan Menteri Kewangan Terbaik Dunia yang telah mula mencari alasan dan mengeluarkan ‘hint‘ meminta rakyat berkorban kononnya kerajaan tak ada wang, bahawa banyak bantuan akan dipotong. Apa nasib pekebun kecil nanti?,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close