Berita UtamaUtama

Jabatan banteras jenayah alam sekitar tak sesuai ditubuhkan

Mohamad Fuzi harap kerajaan luluskan cadangan tambah anggota

IPOH, 19 Safar 1440H, Ahad – Jabatan khas untuk membanteras jenayah berkaitan alam sekitar tidak sesuai ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini kerana, penubuhan sebarang unit baharu memerlukan kos dari segi penambahan pegawai dan anggota.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, walaupun idea itu baik, namun pelbagai aspek lain seperti soal kekangan kewangan kerajaan juga perlu diambil kira dalam melaksanakan apa-apa cadangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kejohanan Menembak Persekutuan Antarabangsa (IPSC) Piala Ketua Polis Negara, di Markas Briged Utara Ulu Kinta di sini hari ini, sebagai mengulas saranan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) supaya polis menubuhkan jabatan khas untuk membanteras jenayah berkaitan alam sekitar, khususnya membabitkan kecurian dan kemusnahan alam di seluruh negara.

Dalam perkembangan, lain Mohamad Fuzi berkata, cadangan PDRM untuk menambah keanggotaan dan memperbesarkan lagi Unit Tindak Khas (UTK) dan Komando VAT 69 (VAT 69) diharap dapat diluluskan kerajaan dalam Belanjawan 2019.

“Kita merayu agar kerajaan dapat luluskan permohonan ini, mungkin dalam bajet akan datang kerana pasukan elit ini amat diperlukan terutama dalam keadaan kritikal atau krisis.

“Sekarang ini kita ada lebih 600 anggota VAT69 dan kita cadang untuk menambah kepada 992 anggota manakala UTK ada lebih 300 anggota dan kita harap dapat menambah jumlahnya kepada lebih 800 anggota,” katanya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close