Berita UtamaUtama

‘Henti ketuanan bangsa, DAP di belakang bertepuk tangan’

Apakah Rafidah Aziz mahu tukar identiti negara menjadi republik?

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 16 Safar 1440H, Khamis – Kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz yang mahukan rakyat Malaysia menghentikan laungan ketuanan bangsa, kononnya tidak produktif kepada negara amat mengecewakan.

Menyifatkan bekas menteri Kabinet itu bercakap seperti ‘tidak berpendidikan’, Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Haji Omar Kassim berkata, apa yang dilaungkan Rafidah jelas menafikan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang sedia ada dalam Perlembagaan.

“Apa matlamat dia sebenarnya? Ubah Perkara 3(1) bahawa Islam bukan lagi agama negara? Hapuskan hak istimewa orang Melayu, hapuskan sistem raja-raja Melayu?

“Atau tukar terus identiti negara menjadi republik? Rafidah sudah seperti kecelaruan bangsa. Tentunya DAP di belakang bertepuk tangan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Haji Omar Kassim

Beliau berkata demikian mengulas seruan Rafidah baru-baru ini supaya laungan ketuanan bangsa dihentikan, kerana menganggap ia merugikan dan tidak produktif kepada negara dan rakyat Malaysia.

Ketuanan, katanya, mestilah selalu menjadi milik Melayu dan bukan mana-mana kumpulan, kaum atau agama di kalangan rakyat.

Rafidah, yang pernah menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selama 21 tahun hingga 2008 juga berkata, apa yang diperlukan negara yang berkerajaan baharu ialah tadbir urus ekonomi rakyat Malaysia yang baik dan bukannya ketuanan bangsa.

Mengulas lanjut, Omar berkata, bekas ketua wanita UMNO itu sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan yang hanya mengeruhkan lagi keadaan, sedangkan beliau sendiri orang Melayu.

“Pada saya, Rafidah perlu dikenakan tindakan atas kenyataan yang melukakan hati pelbagai pihak. Lebih baik dia berdiam,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close