Pendapat

Isu teksi, Grab: Tiada pelan transformasi seiring kemajuan IT

Krisis pemandu teksi akibat konsep politik kepentingan puak, bukan konsep pertimbangan maslahat awam, umat keseluruhannya yang dianjurkan oleh Islam

TUGAS pemerintah menurut Islam ialah menjaga agama Islam dan mentadbir dunia berpandukan agama itu.

Hari ini, kita bukan saja melihat implikasi kegagalan menjaga agama, malah kegagalan mentadbir dunia juga.

Puncanya yang utama ialah pemerintah sejak berpuluh tahun, secara umum, menjadikan pemerintahan itu sebagai habuan, untuk dirinya dan para penyokongnya.

Lama-kelamaan, kebajikan rakyat semakin dilupakan. Apatah lagi kebajikan untuk masa depan.

Pada pandangan saya, isu teksi dan grab adalah hasil daripada masalah pemerintah dan juak-juaknya yang seronok mendapat habuan kemenangan puluhan tahun tidak memikirkan masa depan pemandu teksi.

Perkembangan teknologi adalah sesuatu yang boleh dijangkakan. Sepatutnya kerajaan semasa hendaklah memikirkan cabaran yang akan dihadapi rakyat berdasarkan perubahan pesat akibat perkembangan teknologi.

Kerajaan sepatutnya telah menyediakan pelan transformasi menyeluruh ke atas perkhidmatan teksi berasaskan jangkaan perkembangan teknologi ICT, 10 atau 15 tahun yang lalu.

Nasi sudah menjadi bubur. Akibatnya konflik boleh bertukar menjadi krisis, bagi pemandu teksi.

Inilah akibat konsep politik kepentingan puak, bukan konsep pertimbangan maslahat awam, umat keseluruhannya yang dianjurkan oleh Islam.

Isu teksi dan grab hanyalah contoh kecil bagi timbunan masalah akibat kerosakan yang dilakukan oleh pihak yang ada kuasa.

Secara peribadi, saya belum nampak perangai menjadikan kuasa sebagai habuan yang diagih-agihkan kepada kroni itu sudah berubah, walaupun kerajaan sudah berubah daripada BN ke PH.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close