Dunia

Provokasi hina Islam masih aktif di Denmark

Rakyat Turkiye marah, bantah tindakan provokatif melampau

COPENHAGEN, 9 Syawal 1444H, Ahad – Satu lagi serangan provokatif dilakukan terhadap kitab suci umat Islam, al-Quran, dan bendera Turkiye di hadapan Kedutaan di ibu negara Denmark, Copenhagen.

Pelaku yang merupakan anti-Islam, Patrioterne Gar Live (Patriots Go Live), membawa sepanduk dengan slogan menghina Islam dan menyerang bendera Turkiye.

Ekspatriat Turkiye yang hadir ke kedutaan untuk mengundi bagi pilihan raya parlimen serta presiden negara kelak, bertindak balas terhadap provokasi tersebut.

Salah seorang warga Turkiye mengangkat bendera negaranya dari tanah serta memberi amaran kepada pihak yang terlibat dalam provokasi tersebut.

Majoriti rakyat Turkiye yang datang mengundi menyatakan ketidaksetujuan mereka terhadap tindakan sedemikian sekali gus menyatakan bahawa ia tidak boleh diterima dan salah.

Walaupun tiada insiden ganas yang berlaku semasa provokasi, dinyatakan bahawa pihak berkuasa Denmark memaklumkan Kedutaan Turkiye di Copenhagen terlebih dahulu dan mengambil langkah keselamatan yang diperlukan.

Selepas demonstrasi, reaksi dan jangkaan Türkiye telah disampaikan kepada pihak berkuasa Denmark.

Kumpulan anti-Islam itu turut menyerang al-Quran dan bendera Turkiye di hadapan Kedutaan Turki di Copenhagen pada 24, 31 Mac dan 14 April lalu. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button