Berita UtamaDuniaUtama

17 maut kereta api tergelincir di Taiwan

Lebih 30 penumpang masih terperangkap dalam gerabak

YILAN, 12 Safar 1440H, Ahad – Sekurang-kurangnya 17 orang maut, manakala 126 yang lain cedera selepas kereta api ekspres yang membawa lebih 300 penumpang tergelincir daripada landasan sebelum terbalik di timur laut Taiwan, hari ini.

Kereta api laju Puyuma Express 6432 itu dilaporkan tergelincir di antara stesen Dongshan dan Suxin di daerah Yilan, berhampiran Taipei, kira-kira jam 5 petang waktu tempatan.

“Setakat jam 6.30 petang, kira-kira 17 penumpang maut di tempat kejadian sementara 126 yang lain cedera,” kata jurucakap Pentadbiran Kereta Api Taiwan (TRA) dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kira-kira 30 hingga 40 lagi penumpang masih terperangkap dalam gerabak berkenaan.

Kereta api itu dikatakan bergerak dari stesen Shulin, Taipei menuju ke daerah Timur Taitung dengan membawa 310 penumpang.

Perkhidmatan kereta api kedua-dua arah di sepanjang laluan telah digantung sementara berikutan insiden itu. Setakat ini, punca kemalangan masih belum diketahui.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close