Berita UtamaUtama

Desakan Ahli Parlimen DAP selari tuntutan COMANGO: PAS

Menteri luar perlu nyatakan pendirian jelas sekiranya diratifikasi, apakah peruntukan Islam dalam Perlembagaan dipertahan?

BANGI, 9 Safar 1440H, Khamis – PAS membantah sekeras-kerasnya kenyataan Ahli Parlimen DAP-Batu Kawan, P Kasthuriraani yang mendesak Kementerian Luar meratifikasi Perjanjian Antarabangsa Berkenaan Hak-Hak Sivil dan Politik.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, apa yang disuarakan anak perempuan bekas pemimpin DAP, P Patto, itu selari dengan tuntutan yang pernah dilaungkan oleh COMANGO sebelum ini.

ICCPR adalah satu daripada enam konvensyen PBB mengenai hak asasi yang belum diratifikasi dan Malaysia dijangka berbuat demikian pada Semakan Berkala Sejagat Hak-Hak Asasi Manusia PBB Sesi Ke-31 yang dijadualkn pada 8 November di Geneva, Switzerland

Beliau berkata, terdapat satu peruntukan dalam ICCPR iaitu Perkara 18.1 yang perlu diberikan perhatian serius kerana ia menyatakan mengenai kebebasan beragama.

“Petikan itu adalah seperti demikian, Setiap orang mempunyai hak kebebasan berfikir, kesedaran moral dan agama. Hak ini termasuk kebebasan untuk atau tidak mengamalkan agama atau kepercayaan pilihannya, dan kebebasan, mahupun secara individu atau dalam komuniti dalam kawasan terbuka atau persendirian, untuk menyatakan agama atau kepercayaannya dalam ibadah, pematuhan, amalan dan pengajaran.”

Mengulas lanjut Ustaz Nasrudin berkata, isu ratifikasi ICCPR dan lima lagi konvensyen lain termaktub dalam Janji 26, Manifesto Pakatan Harapan.

“Malah, kenyataan pertama Menteri Luar selepas mengangkat sumpah jawatan adalah komitmen beliau untuk meratifikasi semua konvensyen tersebut.

“Sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan meratifikasi konvensyen ini, maka dibimbangi peruntukan-peruntukan Islam yang terdapat dalam Perlembagaan seperti Perkara 3 dan institusi mahkamah serta perundangan syariah terpaksa tunduk dengan konvensyen ini.

“Justeru, Menteri Luar harus menyatakan pendirian secara jelas, sekiranya konvensyen tersebut akan diratifikasi, apakah hujah ‘reservations’ yang akan ditetapkan oleh kerajaan dan apakah jaminan ia boleh dipertahankan?,” soalnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close