Berita UtamaUtama

Cadangan had tempoh perkhidmatan PM perlu pindaan Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 9 Safar 1440H, Khamis — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan untuk menghadkan tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada hanya dua penggal akan membabitkan pindaan Perlembagaan.

Perdana Menteri berkata, hal yang sama juga perlu dilakukan terhadap beberapa pengumuman lain dibuat semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020), hari ini.

“Kami mahu melaksanakannya bersama, beberapa undang-undang perlu dipinda,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan kajian tersebut selama lebih sejam di Dewan Rakyat.

Ditanya sama ada kerajaan percaya ia dapat meyakinkan Anggota Parlimen pembangkang untuk menyokong pindaan itu oleh kerana beberapa cadangan perlu mendapat sokongan majoriti dua pertiga, Dr Mahathir berkata, beliau percaya wujud juga kepentingan dalam kalangan mereka.  

Tentang khabar angin bahawa akan berlaku rombakan kabinet pada Disember, Perdana Menteri secara berseloroh berkata, beliau tidak pasti kerana beliau tidak boleh meramal masa depan. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close