Berita UtamaDuniaUtama

India ubah nama Allahabad

Bandar di utara Uttar Pradesh kini dikenali sebagai Prayagraj

NEW DELHI, 8 Safar 1440H, Rabu – Kerajaan India mengubah nama sebuah bandar bersejarah yang ada kaitan dengan Islam di negara itu – Allahabad – di utara negeri Uttar Pradesh, kepada nama yang menjurus kepada bunyi Hindu, lapor media tempatan.

Allahabad, bandar yang dihuni lebih sejuta penduduk kini akan dikenali sebagai Prayagraj, kata seorang pemimpin kanan Bharatiya Janata Party (BJP) yang juga Menteri Kesihatan Uttar Pradesh, Siddarth Nath Singh.

Katanya, keputusan menamakan semula bandar itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet selepas dicadangkan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath.

“Mulai sekarang Allahabad akan dikenali sebagai Prayagraj,” katanya seperti dilapor akhbar Indian Express.

Allahabad, bandar Perdana Menteri India pertama, Jawaharlal Nehru, terletak 650 kilometer di tenggara New Delhi dinamakan oleh pemerintah kerajaan Islam Mogul pada abad ke-16.

Nama baru Prayagraj itu merujuk kepada pertemuan Sungan Ganges dan Yamuna yang menjadi tempat festival besar-besaran penganut Hindu – Kumbh Mela – yang diadakan pada Januari setiap tahun. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close