Berita UtamaDuniaUtama

Hujan lebat, banjir kilat di Sudan ragut 43 nyawa

Kassala negeri paling teruk terjejas babit 47,500 mangsa: PBB

KHARTOUM, 7 Safar 1440H, Selasa – Hujan lebat dan banjir kilat menjejaskan kira-kira 195,000 penduduk di 15 negeri di Sudan, lapor agensi berita Anadolu.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, setakat ini, Kassala menjadi negeri yang paling teruk terjejas banjir kilat dengan 47,500 mangsa, diikuti Kordofan Barat iaitu 24,000 mangsa.

Cuaca buruk itu turut menyebabkan 95 buah sekolah yang terjejas banjir ditutup sementara, membabitkan kira-kira 95,000 pelajar dan murid.

Hujan lebat yang melanda negara itu turut mengorbankan 43 nyawa di wilayah Khartoum, Sungai Nil, Kassala, Kordofan Barat dan El-Gezira.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close