Berita UtamaUtama

Zahid selesai beri keterangan

Bekas TPM perjelas tujuh perkara kepada SPRM

PUTRAJAYA, 3 Safar 1440H, Jumaat – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan proses memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah selesai sepenuhnya.

Zahid berkata, beliau bersedia kembali sekiranya masih ada butiran dan maklumat lain yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan.

“Sepanjang proses merakam percakapan ini saya memberikan kerjasama sepenuhnya tanpa melindungi apa-apa maklumat (nothing to hide), dan saya harap tindakan ini dapat menjelaskan kekeliruan yang wujud dikalangan masyarakat di luar sana.

“Saya harap tindakan sama seperti yang saya lakukan harus diikuti oleh mana-mana pihak yang apabila dipanggil untuk memberikan keterangan, berikanlah kerjasama sepenuhnya kepada pegawai SPRM,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Zahid berkata, sepanjang proses berkenaan, beliau sudah memberikan butiran terperinci siasatan bagi menjelaskan tujuh perkara yang menjadi bahan untuk siasatan.

Namun, Zahid tidak menjelaskan butiran atau maksud mengenai tujuh perkara yang dinyatakannya.

Siasatan yang dijalankan ke atas Presiden UMNO itu difahamkan merujuk kepada penggunaan dana dalam Yayasan Akal Budi sebanyak RM800,000 yang digunakan untuk menjelaskan bayaran kredit miliknya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close