Berita UtamaUtama

VIDEO | 2 maut, 7 parah nahas di lebuh raya NKVE

Lorong kanan arah Selatan-Subang masih ditutup, pengguna diminta guna laluan alternatif

DAMANSARA, 3 Safar 1440H, Jumaat – Dua maut dan tujuh mangsa dilaporkan cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 14.5 Lebuhraya NKVE, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi, melibatkan tiga lori dan sebuah kereta dari arah Damansara ke Subang.

Namun setakat ini identiti mangsa terbabit dalam nahas berkenaan belum dapat dikenal pasti.

Difahamkan, kerja pembersihan dan pengalihan sedang dilaksanakan di lokasi kejadian.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi status Facebooknya memaklumkan, lorong kanan arah Selatan-Subang masih ditutup.

“Trafik sesak bermula dari Setia Alam dan Bukit Lanjan ke lokasi kejadian. Sila gunakan Lebuhraya GCE untuk pengguna dari Rawang ke Shah Alam,” katanya.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close