Berita UtamaDunia

Sulawesi: Perintah darurat dilanjut 14 hari lagi

2,071 terkorban, 150 lagi mangsa tertimbus dalam lumpur tebal

PALU, 3 Safar 1440H, Jumaat – Perintah darurat di kawasan terjejas akibat gempa bumi dan tsunami di Sulawesi dilanjutkan 14 hari hari lagi, sehingga 26 Oktober depan.

Perkara itu diumum Gabenor Sulawesi Tengah, Longki Djanggola, dan memaklumkan pencarian mayat mangsa juga dilanjutkan sehingga hari ini, yang sepatutnya tamat semalam.

Setakat pagi ini, pihak berkuasa mengesahkan angka korban akibat bencana dahsyat itu meningkat kepada 2,071 orang, di mana masih ramai lagi mangsa belum ditemui.

Selain itu, dilaporkan lebih 650 orang masih hilang dan sekurang-kurangnya 150 lagi dipercayai tertimbus dalam lumpur tebal akibat pencairan tanah akibat gempa magnitud 7.5 dan tsunami pada 28 September lalu.

Pihak berkuasa Indonesia memberi jaminan akan berusaha menyelesaikan membina kediaman sementara dalam tempoh dua bulan.

Penduduk di perkampungan Balaroa akan dipindahkan ke kawasan Dayu, sementara dari Petobo dipindahkan ke Ngata Baru.

Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, kebanyakan mangsa bencana kini mengalami masalah pernafasan dan cirit-birit.

“Mereka sangat memerlukan rawatan perubatan segera. Kita masih perlukan bantuan orang ramai. Kita juga berdepan banyak masalah di untuk menyediakan keperluan asas,” katanya.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close