Berita UtamaUtama

Rapid KL tawar perjalanan sehala percuma ke stesen Bukit Jalil esok

Perkhidmatan ditawarkan mulai 6 pagi hingga 11 pagi sempena Hari Sukan Negara

KUALA LUMPUR, 3 Safar 1440H, Sabtu – Rapid KL menawarkan perjalanan sehala ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil secara percuma bersempena Hari Sukan Negara 2018 esok.

Syarikat itu dalam satu kenyataan di laman Facebook, hari ini berkata, perkhidmatan percuma itu akan bermula pada jam 6 pagi sehingga 11 pagi.

Katanya, ia sebagai tanda sokongan Rapid KL terhadap acara tahunan berkenaan.

“Ini bertujuan memudahkan dan menggalakkan pengunjung menyertai Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2018 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya.

Menurut kenyataan itu, semua jenis basikal juga akan dibenarkan dibawa masuk ke dalam tren bagi perjalanan ke Stadium Bukit Jalil esok sebagai sokongan kepada acara kayuhan basikal.

Pengguna boleh menikmati perkhidmatan LRT dan Transit Aliran Massa (MRT) percuma dengan menggunakan token atau kad perjalanan Touch ‘n Go dan kad konsesi MyRapid.

“Bagi penggunaan kad perjalanan Touch ‘N Go dan kad konsesi MyRapid, tiada caj dikenakan apabila anda sentuh keluar di stesen LRT Bukit Jalil.

“Sekiranya ingin menggunakan token, pengguna boleh mendapatkan token secara percuma di mana-mana kaunter LRT dan MRT.

Sementara itu, perkhidmatan LRT di stesen Bukit Jalil juga akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi Ahad.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close