Berita UtamaUtama

PEMANIS mahu tulisan jawi diajar sejak peringkat prasekolah

KANGAR, 3 Safar 1440H, Jumaat – Tulisan jawi hendaklah diajar di peringkat prasekolah sekiranya kerajaan berhasrat menghidupkan kembali tulisan itu supaya diwarisi generasi baharu.

Menurut Persatuan Melayu Perlis (PEMANIS) dengan cara itu tulisan jawi boleh diperkasa dan dimartabatkan.

Yang Dipertua PEMANIS, Datuk Mohd Zain Hamzah yang mengulas pendekatan terbaharu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memperkasa dan memartabatkan tulisan jawi berkata kanak-kanak mudah mempelajari dan membaca tulisan jawi jika diajar daripada usia muda.

Semalam Ketua Pengarah JAKIM Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata sebuah Sekretariat Komuniti Jawi dianggotai wakil jabatan Agama Islam Negeri-negeri, yayasan, badan-badan berkaitan dan pencinta jawi akan merealisasikan hasrat itu.

Sekretariat itu antaranya akan menganjurkan persidangan dua kali setahun dan merangka pelbagai program serta inisiatif bagi memartabatkan tulisan jawi termasuk menganjurkan Manifestasi Seni Khat dan Jawi, kem tulisan jawi dan program berkaitan inovasi jawi. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close