Berita UtamaUtama

Pegawai kerajaan akan didakwa jika ikut arahan ahli politik

Slogan 'Saya yang menjalankan amanah' ganti 'saya yang menurut perintah'

SHAH ALAM, 3 Safar 1440H, Jumaat – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, mana-mana pegawai kerajaan yang mengikut arahan ahli politik untuk melaksanakan tugas mereka kini boleh didakwa.

Beliau berkata, ia bagi memastikan pegawai kerajaan menjalankan tugas secara profesional serta mengelak arahan yang tidak mematuhi proses serta prosedur sedia ada.

“Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan peruntukan undang-undang yang membolehkan pegawai kerajaan didakwa jika bersekongkol dengan ahli politik.

“Mereka tidak boleh mendapat arahan daripada orang politik kerana jika berlaku sesuatu siapa yang hendak dipertanggungjawabkan?

“Itu sebab dari awal pegawai kerajaan mesti meneliti permohonan itu (permohonan yang diterima) mengikut merit dan proses serta peraturan yang sedia ada,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Minda di Komplek Karangkraf di sini hari ini.

Justeru, Mohamed Azmin berkata, pegawai kerajaan perlu sentiasa bertindak mengikut undang-undang.

”Kerajaan juga sudah membuang slogan ‘Saya yang menurut perintah’ dan digantikan dengan ‘Saya yang menjalankan amanah’ melalui persetujuan Perdana Menteri,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close