Berita UtamaUtama

Laluan Terowong Genting Sempah arah ke KL ditutup empat hari mulai Isnin

Penyelenggaraan terowong kali kedua bermula 22 hingga 26 Oktober

KUANTAN, 3 Safar 1440H, Jumaat – Laluan dari Kuantan menghala Kuala Lumpur (KL) di Terowong Genting Sempah dekat Bentong akan ditutup selama empat hari bermula 15 Oktober ini.

Pengendali Lebuhraya Pantai Timur, ANIH Bhd dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu akan bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang.

Katanya, ia dibuat bagi membolehkan kerja penyelenggaraan dilakukan di terowong berkenaan.

“Laluan kontra akan diaktifkan ketika  penyelenggaraan dilakukan dan dibuka semula seperti biasa pada jam 6 petang hingga 7 pagi.

“Pengguna lebuh raya dinasihatkan mematuhi papan tanda serta arahan yang diberikan,” kata kenyataan tersebut.

Kerja penyelenggaraan tersebut juga sekali lagi akan dilakukan pada 22 hingga 26 Oktober ini membabitkan laluan Kuala Lumpur menghala Kuantan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close