Berita UtamaUtama

Wanita terkam anggota polis

Pendatang asing disyaki trauma didera minta bantuan

KUALA LUMPUR, 2 Safar 1440H, Khamis – Empat anggota polis trafik yang sedang melakukan rondaan rutin terkejut apabila seorang wanita secara tiba-tiba menerkam kenderaan yang dinaiki mereka untuk meminta tolong di lampu isyarat berhampiran Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sri Damansara dekat sini, pagi ini.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas, sebelum anggota polis membawanya untuk disoal siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, wanita yang dipercayai warga asing bertindak keluar dari sebuah teksi yang sedang berhenti di lampu isyarat berkenaan lalu berlari ke arah kenderaan polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang melalui arah sama.

“Wanita berkenaan kemungkinan lari dari deraan atau trauma. Identitinya belum dapat disahkan kerana bahasa pertuturannya tidak difahami,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zani berkata polis trafik terbabit telah menghubungi ambulans dan wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya pegawai penyiasat turut dihantar ke hospital tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Kita juga akan merakam keterangan pemandu teksi berkenaan (untuk membantu siasatan),” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close