Berita UtamaUtama

UPSI tawar program Ijazah Sarjana Muda Tahfiz mulai tahun depan

Program ini diharap dapat bantu selesai isu guru tahfiz 'tangkap muat'

TANJUNG MALIM, 2 Safar 1440H, Khamis – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menawarkan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz, al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan, mulai Februari depan.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, program itu mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Program ini akan menempatkan lebih 100 pelajar berkelayakan untuk pengambilan bagi sesi pengajian bermula tahun depan.

“Ia diharap dapat membantu menyelesaikan isu guru tahfiz di negara ini yang dikatakan ‘tangkap muat’ atau tiada tauliah sebelum ini.

“Pihak kami yakin program ini, akan mendapat sambutan kerana permintaan tinggi (terhadap sekolah tahfiz) ketika ini,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 UPSI Holdings Sdn Bhd (UHSB), di sini, hari ini.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close