Berita UtamaDuniaUtama

Tiga maut gempa bumi landa Jawa Timur, Bali

Tiada amaran tsunami dan kerosakan teruk dilaporkan

JAKARTA, 2 Safar 1440H, Khamis – Gempa bumi cetek berukuran 6.0 skala Richter melanda perairan pantai pulau Jawa dan Bali, sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya tiga nyawa, awal pagi ini.

Jurucakap agensi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho berkata, mangsa terkorban akibat ditimpa bangunan runtuh adalah penduduk di daerah Sumanep, Jawa Timur.

“Gempa berlaku secara tiba-tiba awal pagi ini apabila mereka sedang tidur, sehingga kebanyakan penduduk tidak sempat berpindah dan menyelamatkan diri.

“Kerosakan akibat gegaran tidak begitu teruk. Dan tiada amaran tsunami dikeluarkan,” katanya.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berpusat di Laut Bali, sekitar 40 kilometer dari timur pulau Jawa.

Difahamkan, impak gegaran turut dirasai di Denpasar – kawasan pulau percutian di Bali.

28 September lalu, gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud yang mencetuskan tsunami melanda wilayah Sulawesi, sehingga mengorbankan hampir 2,000 nyawa dan 5,000 penduduk lagi masih hilang.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close