Berita UtamaUtama

Tiada halangan Oktoberfest diadakan

Penganjur dilarang pamer bahan promosi di luar Mid Valley

KUALA LUMPUR, 2 Safar 1440H, Khamis – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga kini mengesahkan tidak menerima permohonan permit daripada penganjur pesta arak, Oktoberfest 2018 yang dijadualkan berlangsung di Mid Valley hari ini.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya tidak menghalang pesta itu, selagi ia diadakan secara tertutup dan tidak melanggar undang-undang.

Beliau berkata, penganjur dilarang untuk mempamerkan sebarang bentuk bahan promosi seperti poster atau banting berkaitan pesta berkenaan di luar premis atau lokasi penganjuran.

“Kalau anjur dalam premis, tidak keluar (premis), mabuk, keluar dan kacau orang, boleh (dibenarkan).

“Tetapi kalau (pasang) banner (poster) di tempat awam, tidak boleh. Kita (DBKL) akan turunkan serta-merta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018, di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata, pihaknya akan tetap membuat pemantauan terhadap penganjuran di Mid Valley bagi memastikan ia tidak dibawa keluar.

“Mid Valley tu kita pergi (buat tinjauan) sebab ia di dalam. Tapi kita tetap akan pantau, jika dibawa keluar kita sita,” katanya.

Selasa lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad membenarkan penganjuran Oktoberfest, tetapi perlu membuat permohonan permit dan mematuhi syarat yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Semalam, Gerakan Srikandi Malaysia menyerahkan memorandum membantah pesta berkenaan kepada wakil Kementerian Wilayah Persekutuan.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close