Berita UtamaUtama

Tiada ejen dilantik untuk dapatkan peruntukan KPM

Ada individu guna nama, logo kementerian perdaya guru besar SJKT

PUTRAJAYA, 2 Safar 1440H, Khamis – Kementerian Pendidikan hari ini menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan bagi tujuan membantu mendapatkan peruntukan atau dana pembangunan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan terdapat individu yang menggunakan nama dan logo Kementerian Pendidikan serta jata negara bagi tujuan memperdaya dan mempengaruhi guru besar SJKT kononnya boleh menguruskan pemerolehan peruntukan daripada pihaknya.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini di Ibu Pejabat Polis Putrajaya semalam (10 Oktober), kata kementerian itu.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan meminta para guru besar supaya berhubung terus dengan kementerian untuk sebarang permohonan peruntukan, dan membuat laporan polis jika didatangi mana-mana individu yang mendakwa diri mereka sebagai ejen kementerian bagi tujuan tersebut.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close