Berita UtamaDuniaUtama

Polis Mesir tangkap anak bongsu Morsi

Abdullah ditahan atas tuduhan sebar berita palsu mengenai keadaan bapa

KAHERAH, 2 Safar 1440H, Khamis – Polis Mesir menahan anak bongsu bekas Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi di rumahnya di sini semalam, menurut sumber keluarga dan pihak keselamatan.

Abdullah Morsi dilaporkan ditahan anggota keselamatan untuk disoal siasat, selain kad pengenalan dan telefon bimbit miliknya dirampas, kata Ahmed Morsi yang turut mengesahkan penangkapan adiknya itu.

Al Jazeera yang memetik dua sumber sebagai berkata, Abdullah ditahan atas tuduhan menyebarkan berita palsu, berkaitan satu wawancara mengenai penahanan bapanya bersama agensi berita Associated Press (AP), minggu lalu.

Ahmed berkata, tiada sebarang waran tangkap dikemukakan pegawai polis bagi menahan adiknya untuk disoal siasat.

Sehingga kini, jurucakap kementerian dalaman masih gagal dihubungi untuk menjelaskan penahanan itu.

Penangkapan Abdullah itu dibuat hanya beberapa hari selepas beliau memberitahu AP mengenai kesihatan bapanya yang semakin merosot disebabkan keadaan penjara, selain arangan ke atas keluarga untuk melawat beliau setiap masa.

Morsi adalah presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi dan salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin yang kini diharamkan.

Beliau dijatuhi hukuman mati dan 48 tahun penjara selepas didapati bersalah terhadap lima tuduhan, termasuk melakukan pengintipan bersama Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), dan Qatar, selain menghina sistem keadilan Mesir. Beliau kini mengemukakan rayuan terhadap semua hukuman itu.- Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close