Berita UtamaUtama

Perak tak pilih kasih beri tanah bergeran kepada penduduk

Tempoh pajakan 30 tahun, 60 tahun atau 99 tahun bergantung kepada kemampuan penduduk bayar premium tanah, kata Ahli Exco Negeri

PARIT BUNTAR, 2 Safar 1140H, Khamis – Kerajaan negeri tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam menganugerahkan tanah bergeran kepada rakyat negeri ini, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.

Beliau berkata ini kerana setiap rakyat layak untuk memiliki sekurang-kurangnya sebidang tanah tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

“Pemberian geran kepada 87 pemilik rumah di Kampung Bagan Cina, Kuala Bagan Tiang di sini hari ini oleh kerajaan negeri adalah janji kerajaan PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Oleh itu sebarang dakwaan mengatakan mereka mengambil tanah kerajaan adalah tidak betul kerana mereka sudah lama memohon hak milik tanah yang akhirnya direalisasikan kerajaan PH Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian surat tawaran kepada penduduk Kuala Bagan Tiang (Bagan Cina) Mukim Bagan Tian di sini, hari ini.Hasnul Zulkarnain yang juga Exco Komunikasi, Multimedia dan Koperasi negeri itu berkata, semua penduduk terpilih perlu menjawab surat tawaran yang dikemukakan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak sebelum diluluskan proses pengeluaran geran tanah.

Beliau berkata, proses penyerahan hak milik tanah bergeran itu akan diteruskan ke kampung baharu dan kampung tersusun orang Melayu lain di seluruh negeri Perak dengan DUN Titi Serong menjadi kawasan pertama dilaksanakan.

“Soal tempoh pajakan tanah, kerajaan negeri akan tentukan atas kemampuan penduduk sama ada mereka mampu membayar premium tanah untuk 30 tahun, 60 tahun atau 99 tahun,” katanya. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close