Berita UtamaUtama

Najib minta pembantu buat laporan polis terhadap beliau

Bekas PM mahu polis siasat sama ada beliau terbabit dalam beberapa pembunuhan atau tidak seperti tuduhan pihak tertentu

BANGI, 2 Safar 1440H, Khamis – Datuk Seri Najib Razak meminta pembantunya membuat laporan polis terhadap beliau supaya pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan ke atasnya yang didakwa terbabit dalam beberapa kes pembunuhan, esok.

Dalam perang di Facebook terhadap Lim Kit Siang, hari ini, beliau menuduh kenyataan pemimpin veteran parti tamak haloba DAP itu melakukan pembohongan.

Bekas Perdana Menteri berkata, amat mudah melihat Kit Siang secara terang-terangan berbohong.

“Hari ini Kit Siang keluarkan kenyataan lagi mendakwa saya yang berbohong seperti berikut, “His latest lie was his allegation yesterday that when he agreed to the reopening of mysterious deaths, namely that of Altantunya Shaarribuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock, among others, “it was Kit Siang who had then said there was no need for the cases to be probed again”.

“Bila masa pula saya berkata demikian? Esok, saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan PH boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini,” katanya.

Najib berkata, Kit Siang bercakap berpusing-pusing cuba mengelirukan penyokongnya, kononnya beliau pernah menulis mendakwa pemimpin DAP itu berkata tiada keperluan lagi kes-kes berkenaan disiasat.

“Walhal saya sendiri berulangkali mahukan kes itu disiasat semula memandangkan PH kini adalah kerajaan. Kesemua kenyataan saya mencabar Kit Siang ada di laman FB ini. Tak susah sebenarnya untuk anda periksa sendiri adakah saya pernah kata Kit Siang isytihar tiada keperluan untuk membuka kes-kes ini semula.

“Untuk kali kelima, saya mendesak Kit Siang untuk memenuhi apa yang dia mahu minggu lalu iaitu membuka siasatan khas untuk kesemua kes-kes ini tetapi saya rasa ini membuang masa sahaja untuk melayan dia,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close