Berita UtamaUtama

Malaysia tolak permintaan China hantar etnik Uyghur ke Beijing

Pejabat Peguam Negara gugur tuduhan terhadap 11 lelaki muslim Uyghur sebelum dihantar ke Turki Selasa lalu

BANGI, 2 Safar 1440H, Khamis – Kerajaan membebaskan 11 etnik muslim Uyghur yang ditahan selepas melarikan diri dari penjara di Thailand tahun lalu, dan memasuki negara ini secara haram, sebelum menghantar mereka ke Turki, kata peguam mereka.

Langkah itu sekali gus menolak permintaan China supaya etnik Uyghur itu dihantar pulang ke Beijing.

Penolakan itu juga memanaskan semula hubungan Kuala Lumpur-Beijing, sejak Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri, dan membatalkan beberapa projek syarikat China di Malaysia bernilai lebih RM80 bilion.

Peguam Fahmi Moin berkata, pendakwaan terhadap semua etink muslim Uyghur itu digugurkan atas dasar kemanusiaan dan mereka diterbangkan keluar dari Malaysia dan tiba di Turki, Selasa lalu.

24 April lalu, mereka yang berasal dari wilayah Xinjiang, China, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memasuki Malaysia secara haram.

Mereka ialah Zakaria Arman; Salehudin Ali; Jaefar Amin; Osman Abbas; Alin Osman; Asen Ziyali; Taher Kasim; Ibrahim Rexiti; Nurudin Muhammad; Abdul Kader; dan Yusuf Ahmed, berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.“Pejabat Peguam Negara bersetuju menggugurkan tuduhan ke atas mereka selepas menerima permohonan pihak luar,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Pada Februari lalu, Kuala Lumpur bersedia menghantar pulang 11 etnik Uyghur itu ke China selepas menerima tekanan Beijing.

Bagaimanapun, beberapa pihak campur tangan dan menghalang penghantaran pulang etnik muslim itu dengan mendakwa China akan menyeksa mereka.

China dituduh sering melanggar hak asasi manusia di wilayah Xinjiang, dengan menangkap dan menyeksa etnik muslim Uyghur berikutan amalan agama dan budaya mereka.

Sejak beberapa tahun lalu, ribuan etnik Uyghur melarikan diri, terutama ke Timur Tengah, khususnya Arab Saudi dan Turki, melalui beberapa negara Asia Tenggara. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close