Berita UtamaUtama

Keracunan disyaki selepas makan laksa meningkat 80 kes

Sembilan individu masih dirawat di hospital dalam keadaan stabil

BANGI, 11 Safar 1440H, Khamis – Jumlah mangsa keracunan makanan disyaki berpunca daripada memakan laksa di Baling, Kedah, meningkat kepada 80 orang, berbanding 61 yang dilaporkan pada 9 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga hari ini terdapat 19 kes baharu dilaporkan iaitu satu di Kedah, 15 (Perak) dan tiga (Selangor).

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata, jumlah keseluruhan ialah 80 kes termasuk dua kematian.

Katanya, 31 kes dilaporkan di Perak, termasuk dua kes kematian; 25 kes (Kedah); dan 24 kes (Selangor).

“Daripada jumlah itu, hanya sembilan kes masih berada di hospital dan semuanya dalam keadaan stabil.

“Setakat ini, sebanyak 10 sampel makanan telah dihantar ke makmal untuk ujian termasuk empat sampel mi laksa, empat sampel kuah laksa dan dua sampel bahan campuran salad untuk laksa.

“Pihak kementerian masih menunggu keputusan sepenuhnya ujian berkenaan dan punca sebenar bagi kejadian keracunan makanan ini masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close