Berita UtamaUtama

Jangan diskriminasi pesakit mental

29.2 peratus rakyat Malaysia alami masalah kesihatan mental

PETALING JAYA, 2 Safar 1440H, Khamis – Kebanyakan syarikat insurans sering mendiskriminasikan penyakit mental kerana tidak mahu menanggung kos rawatan penyakit itu, kata Perunding Psikiatri di Fakulti Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari.

Muhsin berkata, kepercayaan karut dalam masyarakat yang mengaitkan penyakit mental dengan ‘buatan orang’ atau ‘dirasuk syaitan’ antara punca berlakunya diskriminasi terhadap pesakit mental.

“Dalam masalah penyakit mental, pertama adalah insurans. Kita telah didiskriminasi dan adakalanya untuk penyakit umum seperti hipertensi pun dah tak layak.

“Kepercayaan karut menyebabkan masyarakat dan pihak insuran memandang sakit mental sebagai penyakit yang tidak perlukan rawatan doktor,” katanya di forum ‘Adapting To The Challenging World’ sempena bulan kesedaran kesihatan mental di PPUM hari ini.

Beliau berkata, kajian Kementerian Kesihatan bagi 2017, mendapati 29.2 peratus rakyat dewasa mengalami masalah kesihatan mental.

“Masalah sama turut melanda 12.1 peratus kanak-kanak sebahagian besarnya kerana kemiskinan bandar dan keganasan rumah tangga.

“Dalam kalangan anak muda pula, 10 peratus mengalami masalah tertekan, 20 peratus masalah kemurungan dan 40 peratus masalah kegelisahan.

“Di hospital sudah banyak pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit mental,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan, syarikat insurans perlu menerima penyakit mental sebagai satu penyakit yang memerlukan rawatan moden setara dengan penyakit lain.

“Mengapa mahu diskriminasi penyakit mental sedangkan penjelasan penyakit itu dari segi biologi sudah terbukti ada,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close