Berita UtamaDuniaUtama

Israel roboh dua rumah penduduk Palestin

Zionis turut merampas kediaman bergerak yang dibiayai EU

HEBRON, 2 Safar 1440H, Khamis – Rejim pengganas Israel merobohkan dua kediaman penduduk Palestin di kawasan kejiranan Al-Halawa, selatan bandar Tebing Barat di sini semalam, lapor Quds Press.

Ahli Jawatankuasa Penyelaras Anti Pembinaan Tembok Pemisah dan Penempatan, Ratib al-Jabour berkata, rejim berkenaan turut merampas panel solar yang digunakan untuk membekal tenaga elektrik kepada dua rumah terbabit.

Difahamkan, rumah milik Khalil Younis Arram dan sepupunya, Ahmad Ismail Arram dirobohkan kerana didakwa tidak mendapat permit pembinaan.

Kawasan kejiranan yang diduduki kebanyakan penduduk Palestin itu kerap menjadi sasaran rejim.

Zionis bertindak merampas peralatan baharu yang disumbangkan kepada penduduk, termasuk kediaman bergerak yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU).

Pihak berkuasa rejim turut mengarahkan rumah seorang penduduk Palestin di bandar Beit Hanina, utara Baitulmaqdis milik Ahmed Kawazbeh supaya dirobohkan, atas alasan permit.

Ahmed berkata, permohonan permit telah dibuat, tetapi ditolak pihak berkuasa rejim, selain turut diminta membayar denda sebanyak AS$10,000. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close