Berita UtamaUtama

Doa dari Tanah Suci buat Dik Wan sebak, raih emas ketiga

Ibu dan bapa atlet paralimpik Malaysia sedang kerjakan umrah

JAKARTA, 2 Safar 1440H, Khamis – “Terima kasih emak, ayah, doakan Dik Wan”. Demikian reaksi terharu atlet hebat negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi setelah menamatkan acara lompat jauh T36 pada temasya Sukan Para Asia 2018, di sini, hari ini.

Dengan membahasakan dirinya ‘Dik Wan’, Mohamad Ridzuan sebak dimaklumkan ibu bapanya yang sedang mengerjakan umrah, turut mendokan kejayaannya di temasya sukan itu.

Mohd Ridzuan meraih emas ketiganya dalam acara lompat jauh T36 dengan turut melakarkan rekod baharu Asia, dengan catatan 5.49m.

Anak jati Perlis itu sebelum ini meraih emas dalam acara 100m T36.Beliau mencatat masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.

Pelari pecut para negara itu turut meraih pingat emas dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa 59.36 saat.

Mohamad Ridzuan mencipta fenomena baharu sejarah sukan negara apabila muncul sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Ibu bapanya, Mohamad Puzi, 58, dan Lailah Salleh, 50, sedang mengerjakan ibadah umrah. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close