Berita UtamaUtama

Bursa Malaysia ditutup rendah

998 kaunter rugi, 116 untung, manakala 479 tidak diniagakan

KUALA LUMPUR, 2 Safar 1440H, Khamis – Bursa Malaysia ditutup rendah dalam keadaan aktiviti jualan besar-besaran dan sejajar dengan pasaran Asia lain apabila pelabur kekal tidak memasuki dagangan berikutan ketidaktentuan pasaran global, kata seorang peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 26.69 mata atau 1.54 peratus untuk ditutup kepada 1,708.49 berbanding paras penutup 1,735.18 pada Rabu.

Indeks itu bergerak dalam jajaran 1,682.98 hingga 1,708.77 dalam dagangan hari ini selepas dibuka susut 35.42 mata kepada 1,699.76.

Di papan skor Bursa Malaysia, suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 993, berbanding 116 dengan 286 kaunter tidak berubah, 479 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan tinggi berjumlah 3.10 bilion unit bernilai RM3.70 bilion berbanding 3.02 bilion unit bernilai RM2.96 bilion pada Rabu.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini memberi amaran yang risiko semakin meningkat dalam sistem kewangan global, ditambah dengan ketegangan perdagangan yang memuncak antara AS dan China yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Pasaran serantau telahpun terjejas teruk. Malaysia agak baik sedikit berbanding kebanyakan pasaran di rantau ini. Kebanyakan pasaran terjejas dan masih belum pulih.

“Saya rasa ini adalah sebahagian daripada satu proses yang panjang, melibatkan kecairan disedut perlahan-lahan daripada pasaran di mana-mana sahaja – bukan hanya ekuiti sahaja tetapi juga bon, komoditi dan mata wang kerana masing-masing saling berkait antara satu sama lain – dan kesannya semakin dirasai,” kata Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities, Pong Teng Siew kepada Bernama.

Beliau berkata kecairan global telahpun merosot sejak April.

Di pasaran minyak, penanda aras minyak mentah global Brent turun 1.95 peratus kepada US$81.47 setong.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close