Berita UtamaDunia

Sulawesi: Angka korban meningkat 2,010 orang

74,000 penduduk hilang tempat tinggal, lebih 67,000 kediaman musnah

PALU, 1 Safar 1440H, Rabu – Angka terbaharu korban akibat gempa bumi dan tsunami di Palu dan Donggala di Sulawesi meningkat kepada 2,010 orang setakat pagi ini.

Pada masa sama, jumlah mangsa cedera mencecah 4,084 orang, manakala ribuan lagi dilaporkan masih hilang.

Semalam, pihak berkuasa mengesahkan 74,000 penduduk hilang tempat tinggal, yang mana lebih 67,000 kediaman rosak dan musnah teruk.

Panglima Kogasgabpad, Mejar Jeneral Suwandono dalam satu kenyataan meminta penduduk yang meninggalkan bandar sekitar supaya kembali ke daerah masing-masing.

“Keadaan ekonomi sudah berjalan seperti biasa, bank sudah dibuka, hospital sudah beroperasi, bekalan elektrik dipulihkan, begitu juga sekolah, air bersih dan sebagainya,” katanya.

Sebelum ini, Gabenor Sulawesi Tengah, Longki Djanggola berkata, tempoh darurat bencana gempa bumi dan tsunami di daerah Sulawesi Tengah selama 14 hari, yang mana akan berakhir esok.

Indonesia kerap mengalami gempa bumi, letupan gunung berapi dan tsunami kerana kedudukannya di atas Lingkaran Api Pasifik – kawasan yang terletak mengelilingi Lautan Pasifik, yang mana kerak buminya pecah dan bergeser atau dikenali sebagai plat tektonik. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close