Berita UtamaDuniaUtama

Myanmar enggan siasat salah laku rejim terhadap Rohingya

Tindakan Yangon siasat kekejaman tentera terhadap etnik Islam terlalu sedikit, tak mencukupi: PBB

YANGON, 1 Safar 1440H, Rabu – Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myan­mar, Yanghee Lee mendakwa, negara itu ‘tidak bersedia’ menyiasat kekejaman rejim tenteranya terhadap etnik Rohingya yang ditindas.

Sebelum ini, PBB meminta pemimpin utama Myanmar disiasat atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan di atas tindakan kejam terhadap etnik Islam Rohingya di Rakhine, yang memaksa lebih daripada 720,000 etnik itu melarikan diri ke Bangladesh.

Sebaliknya, Myanmar menafikan tuduhan itu serta menyifatkan badan PBB sebagai berat sebelah, sehingga menubuhkan jawatankuasa sendiri untuk menyiasat jenayah.

Bagaimanapun, Yanghee Lee yang dilarang memasuki Myanmar sejak Disember lalu berkata, tindakan yang diambil Yangon untuk me­lakukan siasatan terhadap konflik itu terlalu sikit dan tidak mencukupi.

“Myanmar tidak ber­upaya dan bersedia melakukan sebarang siasatan dan juga pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

“Myanmar enggan bertindak, segala-galanya bergantung kepada mahkamah antarabangsa untuk mengadi­linya.

“Sebarang penangguhan da­lam memberikan keadilan akan menyebabkan berlaku lebih banyak pelanggaran hak penduduk Rohingya,” katanya.

Lee turut mencadangkan PBB untuk merujuk keadaan yang berlaku di Myanmar ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa secepat mungkin.

Bahagian utara negeri Ra­khine tidak boleh diakses sepenuhnya sejak keganasan meletus pada Ogos tahun lalu, petugas media dan kumpulan pemantau hanya dibenarkan untuk melakukan lawatan pendek dan perlu diawasi.

Selain itu, Lee juga meminta kebenaran India untuk bertemu dengan pelarian Rohingya di negara itu, namun tiada sebarang maklum balas yang diberikan. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close